About Us



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam buat nabi junjuangan Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta sahabat baginda seluruhnya...

  Alhamdulillah, atas kerjasama group Admin, akhirnya Blog CMC CFS IIUM berjaya dilancarkan pada bulan september 2011.  Creative Multimedia club (CMC) adalah hasil gabungan dua buah kelab iaitu Creative Club dan Computer Club. CMC rasmi menjadi kelab di CFS IIUM pada mei 2009.

 URL blog CMC ialah cmc-cfsiium.blogspot.com. Objektif utama blog ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul semua ahli dan pimpinan CMC dari generasi lama atau baru untuk saling berinteraksi, berkongsi ilmu, pandangan serta maklumat terkini tentang aktiviti CMC, juga untuk mengeratkan sillaturahim sesama ahli
CMC dan pelajar IIUM khasnya. InsyaAllah, pimpinan lama boleh memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman yang pernah diambil dari CMC dahulu, dan pimpinan baru boleh memberi pendapat yang lebih bernas untuk memantapkan organisasi CMC di CFS IIUM. Alhamdulillah, kini CMC telah sampai ke generasi ke tiga. semoga CMC terus maju dan aktif pada generasi akan datang dan seterusnya. InsyaAllah...

  Dengan adanya CMC dan blog sebagai medium perantaraan, kami pihak admin berharap agar kita sebagai generasi baru dapat memanfaatkan MULTIMEDIA dengan sebaiknya. "Towards Islam Through Multimedia" adalah misi yang perlu kita capai sebagai seorang umat Islam dan CMC adalah visi untuk menggapai misi tersebut kerana "with Multimedia, we conquer the World". Tidak dapat di nafikan multimedia didominasi oleh generasi muda, oleh yang demikian, CMC melalui blog ini cuba menggunakan peluang yang disediakan Allah ini dengan sebaiknya, yakni sebarkan Islam dan berusaha mencapai misi CFS IIUM melalui Multimedia......

  Sekian , segala yg baik dan buruk tu adalah datang dari Allah SWT , dan disandarkan ke atas bahu kami yg lemah ini.Segala pandangan anda untuk penambahbaikan blog CMC CFS IIUM ini jugak amatlah dialu-alukan... Majulah CMC untuk CFS! 

"Towards Islam through Multimedia" 



0 comments:

Post a Comment

About Us (1) Admin (1) Aktif (2) Blog (2) Kreatif (3) Maju (2) Proaktif (2) Semangat (2) Video (1) Welcome (3)