Annual Grand Meeting 2011/2012

Alhamdulillah , pada 8 julai 2011 yang lalu, telah berlangsungnya AGM Creative Multimedia Club bagi sesi 2011/2012. Objektif utama AGM 2011/2012 ini diadakan adalah untuk memperkenalkan CMC kepada pelajar baru dan mencari pimpinan baru CMC bagi meneruskan perjuangan senior-senior yang lama:-


Pimpinan CMC 2010/2011
TERIMA KASIH kerana sudi mencurah bakti kepada CMC bagi sesi 2010/2011, kerana komitmen anda semua, CMC kini kekal sebagai sebuah kelab yang aktif di CFS,IIUM.

sebelum acara bermula, calon-calon pimpinan CMC di beri taklimat oleh PM :- Yakub.

Acara dimulakan dengan Bacaan Doa supaya AGM CMC 2011/2012 diberkati Allah.

Majlis di teruskan dengan kata alu-aluan oleh PM

Dengan bangganya, Advisor baru bagi CMC memberikan ucapan, Madam Azrina Abdul Aziz. Tidak lain tidak bukan, harapanya, semoga pimpinan baru CMC dapat memberi komitmen dengan seikhlas hati dan bersungguh-sungguh mengekalkan keaktifan CMC supaya dapat memberi manfaat bukan dalam kalangan CMC sahaja, juga kepada pihak-pihak lain, terutamanya, CFS sendiri. Majulah CMC untuk CFS!


Acara yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu manifesto oleh calon-calon pimpinan CMC bagi tahun 2011/2012. Dimulakan dengan....

BENDAHARI

Yakub
Medical Science
* Yakub ialah bekas pimpinan CMC sesi 2010/2011. mempunyai pengalaman dalam CMC, insyaAllah, mudah untuk menguruskan kewangan CMC bersandarkan pengalaman lalu...

Nur Hidayah Ihsanulhadi
Medical Science
* mempunyai pengalaman memegang jawatan bendahari kelab selama 5 tahun berturut-turut. Hebat! CMC tidak perlu risau jika ada masalah pengurusan kewangan kelab. Nur Hidayah Ihsanulhadi ada... InsyaAllah..

SETIAUSAHA

Aisyah

*mempunyai pengalaman sebagai setiausaha kelab selama 2-3 tahun berturut-turut. sudah mahir dengan skop kerja sebagai seorang setiausaha. berhasrat menaikkan CMC ke peringkat yang lebih tinggi...

Mutiara Nur Hanani Rusly
Undang-Undang
*Janji manis: akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, kerana segalanya bakal dihitung di akhirat kelak...

Naib Presiden

Nur Ainah Mohd Shipah
All/ Health Science
* mencadangkan untuk memanggil KUKUBESI ( prof. photographer) sebagai program CMC. belum apa-apa lagi dah banyak idea, bagus! semoga CMC terus maju!

Mohd Hazim Ali
Engin
* SEMASHUR menjadi medan bagi Hazim menimba pelbagai pengalaman terutamanya dalam bidang Multimedia, apatahlagi dalam bidang kepimpinan. nampak dah karisma sebagai seorang pemimpin...

Mohd Lutfi Azmi
Pharmacy
*merupakan Ketua Biro Dakwah di sekolahnya dulu, mempunyai kemahiran dalam bidang multimedia. Berhasrat menjadikan multimedia sebagai medium untuk mensyiarkan Islam. InsyaAllah~ 

selesai slot manifesto, slot tayangan video pula. Juga video tentang aktiviti sepanjang sesi 2010/2011.


bagi memeriahkan majlis, ahli-ahli diminta mendapatkan nombor masing-masing di bawah meja kerusi yang diduduki mereka untuk sesi CABUTAN BERTUAH.... ~ketika ini, hati mereka semua berdebar-debar, mengagak, adakah hari ini hari bertuah bagi mereka?? redha je lah...

Insan-insan yang sangat bertuah...
jelas kelihatan sinar-sinar kebahagiaan terpancar diwajahnya sebagai seorang yang bertuah pada hari itu. Tahniah!

Ucapan oleh presiden CMC 2011/2012
Nazrul Syah bin Amir Fuzi
Engin

Pengumumuan Pimpinan CMC 2011/2012
Tahniah diucapkan. semoga dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan sepenuh hati!

pimpinan CMC yang baru...





UPDATE

BERSURAI..........

selepas ahli bersurai, pimpinan baru diberi taklimat oleh bekas pimpinan CMC yang lalu....
bro. itu memberi tahu, apabila kita memegang sesuatu amanah itu, selangkah kaki kita sudah ke neraka... oleh yang demikian, jagalah amanah itu sebaiknya. semoga keikhlasan kita dalam memegang amanah yang telah dipertanggungjawabkan itu di redhai Allah. InsyaAllah..
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA CMC!

with MULTIMEDIA, we conquer the WORLD...

3 comments:

fasihah nasuha said...

wah..blog cantik! ayat pon best! tahniah ^_^ cmc terbaik

fasihah nasuha said...

wah!with multimedia..we conquer d world!! cmc terbaek..tahniah ^_^

Apearl said...

TQ suha!! teruskan memberi sokongan kat CMC walaupun awk jauh d perantauan..huhu

Post a Comment

About Us (1) Admin (1) Aktif (2) Blog (2) Kreatif (3) Maju (2) Proaktif (2) Semangat (2) Video (1) Welcome (3)